Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta” tersebut) yang mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial, terpakai kepada CapSphere Services Sdn Bhd (No. Syarikat 1192211-H) (“kami”). Untuk tujuan notis bertulis ini (“Notis”), terma-terma “data peribadi” dan “pemprosesan” mempunyai maksud yang sama seperti yang ditakrifkan di dalam Akta tersebut.
Persetujuan
1. Notis ini bertujuan untuk memaklumkan kepada anda bahawa data peribadi anda sedang diproses oleh kami atau bagi pihak kami apabila anda mengakses laman web kami di https://www.capsphere.com.my/ ("Laman Web"), memuat turun, menggunakan dan/atau mengakses aplikasi telefon bimbit kami (“Aplikasi”) dan/atau menggunakan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami, dan anda dengan ini memberikan persetujuan anda bagi pemprosesan data peribadi anda.
Perihalan data peribadi
2. Kami boleh mengumpul pelbagai data peribadi anda termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, tarikh lahir, nombor Kad Pengenalan Malaysia, nombor pasport, alamat e-mel, alamat, nombor telefon, pendapatan, maklumat akaun bank termasuk contoh spesimen tandatangan-tandatangan, bangsa, kewarganegaraan, jantina, status perkahwinan, maklumat dan sejarah pendidikan dan perkerjaan termasuk pengalaman perkerjaan dan butiran majikan, rekod kredit (sekarang atau terdahulu), punca pendapatan atau keadaan kewangan, kedudukan kewangan, aktiviti-aktiviti atau sejarah termasuk sejarah pembayaran dan aktiviti-aktiviti akaun, butiran-butiran penjamin-penjamin dan wakil-wakil yang sah, rekod tindakan undang-undang dan jenayah, maklumat dan latar belakang ahli-ahli keluarga, data peribadi lain yang anda telah hantar kepada kami melalui Laman Web, Applikasi atau sebaliknya dan/atau berkaitan dengan penggunaan Laman Web, Aplikasi atau mana-mana produk dan perkhidmatan kami termasuk alamat IP, dan semua data peribadi lain yang kami sekali lagi kumpulkan daripada anda pada bila-bila masa seterusnya.
Tujuan
3. Data peribadi anda sedang atau akan dikumpulkan dan selanjutnya diproses untuk:
​
-
melaksanakan obligasi pra-kontrak dan kontrak dengan anda;
-
memberikan anda akses kepada Laman Web dan/atau Aplikasi dan/atau berkaitan dengan penggunaan Laman Web dan/atau Aplikasi;
-
menilai permohonan anda untuk mana-mana produk dan perkhidmatan kami;
-
mengesahkan kedudukan kewangan anda menerusi semakan rujukan kredit, kredit, latar belakang dan/atau pengawalseliaan;
-
mengesahkan dan melaksanakan transaksi-transaksi kewangan berkenaan dengan bayaran-bayaran atas talian yang dibuat oleh anda;
-
memberikan produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan kami kepada anda (atau syarikat anda, jika berkenaan) dan/atau berkaitan dengan mana-mana produk dan perkhidmatan kami;
-
berhubung dengan anda;
-
menjawab pertanyaan-pertanyaan anda dan menyelesaikan pertikaian-pertikaian;
-
menjalankan aktiviti-aktiviti dalaman;
-
tinjauan pasaran dan analisis aliran;
-
meningkatkan perkhidmatan-perkhidmatan, kandungan dan pengiklanan kami di dalam Laman Web dan/atau Aplikasi;
-
memberikan anda (atau syarikat anda, jika berkenaan) maklumat tentang produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan kami, tawaran-tawaran promosi dan perbadanan-perbadanan berkaitan kami dan rakan-rakan perniagaan kami;
-
menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan lain yang sah;
-
mematuhi apa-apa kehendak undang-undang atau pengawalseliaan; dan
-
tujuan-tujuan lain yang berhubungan secara langsung dengan mana-mana yang tersebut di atas, (secara kolektif, “Tujuan-Tujuan” tersebut).
Sumber data peribadi
4. Data peribadi anda sedang atau akan dikumpulkan:
-
dari cookies;
-
dari Kad Pengenalan Malaysia atau pasport anda;
-
dari penyata gaji dan penyata bank anda;
-
apabila anda mendaftar bagi tujuan mengakses Laman Web dan/atau Aplikasi;
-
apabila anda log masuk ke dalam atau menggunakan Laman Web dan/atau Aplikasi;
-
apabila anda menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan kami;
-
apabila anda menghantar data peribadi anda kepada kami untuk mana-mana Tujuan-Tujuan tersebut;
-
apabila anda mengguna atau mendaftar untuk produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan kami;
-
dari domain awam, agensi-agensi pelaporan kredit, jabatan-jabatan kerajaan dan/atau badan-badan agensi, kawal selia dan/atau berkanun, pendaftar-pendaftar awam, media sosial, penerbitan-penerbitan dan mana-mana pihak ketiga yang dipohon atau dibenarkan oleh anda;
-
dari alatan mudah alih anda melalui Aplikasi;
-
dari mana-mana komunikasi di antara kita melalui pelbagai cara seperti emel-emel, surat, panggilan-panggilan telefon dan media sosial;
-
dari semua data peribadi lain yang kami sekali lagi kumpulkan daripada anda pada bila-bila masa seterusnya; dan
-
dari semua maklumat lain yang anda mungkin berikan kepada kami dari masa ke semasa.
Akses kepada, pembetulan terhadap dan had pemprosesan data peribadi
5. Anda berhak untuk memohon akses kepada dan memohon pembetulan terhadap data peribadi anda dan untuk menghubungi kami tentang apa-apa pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi anda (termasuk pilihan-pilihan dan cara-cara yang mungkin boleh dipakai untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda atau untuk memberhentikan atau tidak memulakan pemprosesan data peribadi anda bagi tujuan pemasaran langsung) di contact@capsphere.com.my.
6. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta:
-
anda boleh, selepas membuat pembayaran bagi fi yang telah ditetapkan, membuat suatu permohonan untuk mengakses data secara bertulis kepada kami; dan
-
kami boleh menolak untuk mematuhi permohonan untuk mengakses data atau permohonan untuk pembetulan data dan hendaklah, melalui notis bertulis, memaklumkan anda mengenai keengganan kami dan sebab-sebab bagi keengganan tersebut.
Pendedahan data peribadi
7. Kami mendedahkan atau boleh mendedahkan data peribadi anda kepada pengguna-pengguna Laman Web atau Aplikasi kami yang lain, perbadanan-perbadanan berkaitan kami, rakan-rakan perniagaan, pembekal-pembekal perkhidmatan, agensi-agensi pelaporan kredit, penasihat kewangan dan profesional kami, bank-bank, jabatan-jabatan dan/atau agensi-agensi kerajaan, badan-badan kawal selia dan/atau berkanun dan mana-mana pihak ketiga yang dipohon atau dibenarkan oleh anda untuk mana-mana Tujuan-Tujuan tersebut.
Data peribadi pihak ketiga
8. Kami boleh meminta bantuan anda sekiranya data peribadi yang berhubungan dengan orang lain dikehendaki untuk memproses data peribadi anda untuk Tujuan-Tujuan tersebut dan anda dengan ini bersetuju untuk menggunakan usaha terbaik anda untuk membantu kami apabila dikehendaki. Jika data peribadi pihak ketiga telah diberikan oleh anda kepada kami, anda hendaklah memastikan bahawa pihak ketiga tersebut telah membaca Notis ini dan bersetuju untuk kami mengumpulkan data peribadinya untuk mana-mana Tujuan-Tujuan tersebut sebelum membekalkan data peribadinya kepada kami.
Data peribadi wajib
9. Ia adalah wajib untuk anda membekalkan kepada kami butir-butir yang bertanda asterisk (*) dalam borang pendaftaran kami (secara kolektif, “data peribadi wajib”). Jika anda gagal untuk membekalkan kami dengan data peribadi wajib tersebut, kami boleh menolak untuk memproses data peribadi anda untuk mana-mana Tujuan-Tujuan tersebut dan/atau mengakibatkan kami untuk tidak dapat memberikan anda perkhidmatan-perkhidmatan dan/atau produk-produk yang dipohon.
Pemindahan data peribadi ke tempat di luar Malaysia
10. Kami boleh memindahkan data peribadi anda ke sesuatu tempat di luar Malaysia dan anda dengan ini memberikan persetujuan anda tehadap pemindahan tersebut.
Ketepatan data peribadi
​
11. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumat yang anda berikan kepada kami adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Sekiranya anda gagal untuk membekalkan kami dengan data peribadi wajib, kami boleh memberhentikan atau menolak untuk memberikan, atau mungkin tidak boleh memberikan, perkhidmatan-perkhidmatan dan/atau produk-produk yang telah dipohon.
Keselamatan data peribadi anda
12. CapSphere akan memastikan bahawa semua maklumat yang telah dikumpul akan disimpan dengan selamat untuk tempoh 7 tahun maksima. Kami melindungi data peribadi anda dengan melaksanakan langkah-langkah teknikal dan teratur yang direka untuk memberikan tahap keselamatan yang bersesuaian dengan risiko-risiko ketika memproses maklumat peribadi anda. Langkah-langkah tersebut adalah, tetapi tidak terhad kepada, yang berikut:
-
Membina dan mengekalkan rangkaian atau sistem yang selamat termasuk tetapi tidak terhad kepada pengunaan perkhidmatan pengkomputeran awan (cloud computing) untuk menyediakan perkhidmatan kami kepada anda;
-
Melindungi data pelanggan termasuk penggunaan protocol komunikasi SSL/TLS dan piawai penyulitan (encryption) yang selamat untuk data dalam transit dan melindungi penyulitan (encryption);
-
Melaksanakan langkah-langkah pengawalan akses yang ketat seperti menguatkuasakan penggunaan kata laluan bagi mengakses system; dan
-
Melindungi penghapusan maklumat sulit apabila ia tidak lagi diperlukan untuk tujuan penyimpanan rekod.
13. Dari segi perspektif pengguna, kata laluan anda akan melindungi akaun pengguna anda, oleh itu kami menggalakkan anda
untuk menggunakan kata laluan yang unik dan kuat dan mengehadkan akses kepada alatan mudah alih atau komputer anda.
Pindaan
14. Kami mempunyai hak untuk meminda Notis ini pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa. Selepas apa-apa perubahan, kami akan memaparkan terma-terma yang telah dipinda di Laman Web atau Aplikasi atau kami boleh mencuba untuk memaklumkan anda melalui mel elektronik atau konvensional. Akses berterusan anda kepada dan/atau penggunaan Laman Web, Aplikasi, produk-produk dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan kami atau komunikasi berterusan dengan kami berikutan paparan dan/atau notis tersebut akan dikira sebagai persetujuan anda untuk terikat dengan Notis ini, seperti yang telah dipinda.
Konflik
15. Sekiranya terdapat apa-apa ketidak selarasan di dalam Notis ini antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi versi Bahasa Malaysia.